Selasa, 23 Oktober 2012

KESAN OBESITI TERHADAP TUBUH

Semalam, rutin setiap bulan.. check-up baby aku.. Alhamdulillah dah masuk 26 minggu. Baby sihat and ibu baby pun sihat.. tapi biasalah.. bila perut makin besar semua benda jadi kurang selesa.. especially waktu tidur..
 
 
Sementara aku tunggu giliran jumpa doktor, aku amik satu majalah mingguan wanita.
 
 
 
Dalam salah satu bahagian dalam majalah tue ada membincangkan mengenai diet kita seharian.  So aku rasa patut dikongsi bersama untuk pengetahuan kita..
 
KESAN OBESITI TERHADAP TUBUH
 
1.  JANTUNG : PENYAKIT JANTUNG
 
     Lemak yang terdapat disekeliling organ boleh meracuni tubuh dari dalam.  Lemak yang dikenali dengan nama lemak visceral, mengeluarkan zat kimia yang telah dikaitkan dengan penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.
 
    Hasil pemerhatian pada wanita gemuk telah menunjukkan bahawa jantung mereka mengalami pembesaran.  Otot-otot jantung semakin membesar akibat peregangan yang ditimbulkan oleh berat badan ekstra.  Akibatnya, jantung tidak mampu mengepam darah dengan efektif.  Keadaan ini seterusnya menyebabkan gangguan pernafasan dan keletihan.
 
    Kesan pembesaran jantung merupakan sebab umum kegagalan jantung.  Hal ini disebabkan jantung tidak mampu menyediakan aliran darah untuk memenuhi kesemua keperluan tubuh.
 
 
2.  KAKI  :  SAKIT TUMIT
 
    Membawa beban dua kali ganda dari jumlah normal membuat tapak kaki berasa sengal dan sakit.  Menurut "The Havard Medical School", kelebihan berat badan akan menimbulkan tekanan pada struktur menyerupai ligamen yang terletak mulai dari tumit hingga ke tapak kaki bahagian depan.  Radang berlaku di sekitar bahagian ini dan menyebabkan rasa sakit yang mencucuk di tumit ketika melangkah.
 
 
3.  LUTUT  :  RADANG SENDI
 
    Obesiti dikatakan merupakan penyebab utama osteoarthritis di bahagian sendi penahan beban seperti lutut dan pergelangan kaki.  Orang yang obes dikatakan berisiko 14 kali lebih besar untuk mengalami radang sendi lutut.
 
    Tekanan tambahan dari berat badan ekstra akan membuat tulang rawan menjadi haus, sehingga membuat tulang saling bergesel.  Bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, aktiviti seperti berlari atau melompat meningkatkan lagi tekanan terhadap bahagian sendi sehingga 10 kali ganda.
 
 
4.  USUS  :  DEPRESI/KETIDAKSUBURAN
 
    Hasil pemerhatian tehadap wanita obesiti juga menunjukkan bahawa lemak tidak hanya menutupi tubuhnya, tetapi juga meliputi organ-organ didalam perutnya.  Dari aspek lain, wanita yang lebih langsing mempunyai sedikit lemak dipermukaan tubuh seta lemak yang meliputi organ (lemak visceral).
 
    Perut merupakan tempat pengumpulan lemak yang paling teruk.  Lemak ini secara tetap akan mengelurkan zat kimia dan hormon dalam jumlah yang besar (seperti leptin dan ristin).  Zat kimia dan hormon ini berkaitan dengan perubahan metabolisme dan perkembangan diabetes tahap 2.
 
    Selain itu, hormon-hormon ini juga boleh mengubah keseluruhan sistem endokrin dan menimbulkan ketidakseimbangan hormon, seperti Polycystic Ovary Syndrome.  Keadaan ini menyerang wanita, menjadikan pertumbuhan rambut berlebihan, penambahan berat badan dan ketidaksuburan.
 
    Sementara itu, ketika lemak mencapai sistem pencernaan, lemak tersebut akan pecah didalam hati.  Seterusnya, lemak tersebut melepaskan racun-racun ke dalam aliran darah.  Hal ini boleh merosakkan organ-organ, terutamanya hati.
 
 
 
 
Aku hanya sekadar ingin berkongsi apa yang aku baca.  Tapi itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita sekarang.. Mereka lebih selesa dengan keadaan tubuh badan mereka sekarang *obes*.  Sekarang ni memang sakit tu belum mengundang.  Tapi apa gunanya nak tunggu penyakit datang baru nak berubat.  Adakah lebih baiknya kita mencegah sebelum penyakit itu datang. 
 
 
Bila kita sakit nanti banyak duit yang akan dilaburkan pada hospital.  Lebih banyak dari pelaburan yang kita buat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan awal.  Apabila sakit bukanlah sekadar kewangan sahaja yang dikeluarkan tetapi juga masa yang banyak dibazirkan.  Cuba bayang apabila kita sakit,bukan masa kita sahaja yang banyak membazir tetapi juga orang-orang yang kita sayang.  Jadi janganlah kita menjadi orang yang penting diri sendiri sahaja. 
 
 
Janganlah hanya memikirkan jangka masa yang pendek.. Cuba lihat diri kita pada masa yang akan datang.
 
Renung-renungkan.
 
 
JOM SIHAT. ASK ME HOW
Contact Yati/Min : 017-3066543/017-3671231

 
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan