Rabu, 24 Oktober 2012

PRODUK HERBALIFE, BEST KER?

Bismillahirahmanirrahim....
 
Assalamualaikum..
 
Recently, kalo kita tgk fenomena di Malaysia khususnya, terdapat bermacam-macam produk kesihatan.. Setiap syarikat mempamerkan kelebihan produk masing-masing bagi menggalakkan buyer untuk membeli produk mereka.
 
 
 *gambar diatas adalah gambar hiasan semata-semata. 
 
 
Ade produk-produk ini di jual melalui dis*******, st**** dan pelbagai cara lagi.. Kadang-kadang yang aku tak paham ade sesetengah dis******** tue try nak condemn produk dari syarikat lain semata-mata ingin meraih kepercayaan buyer untuk beli produk yang mereka jual.
 
 
 
Bagi aku kalo kite nak jual sesuatu sepatutnya kita perlu jujur.  Baru ader keberkatan.
 
 
 
Ader pernah juga org bertanyakan pada kami *aku dan hubby* apa bezanya produk herbalife dengan s**. WOW!! soalan cepumas.. dan aku rase ramai yang mengalami macam aku ditanyakan soalan-soalan yang macam tue..
 
 
Jawapan aku sgt mudah.
 
  *  saya tak pernah makan produk tersebut
  *  jadi saya tak tahu kelebihan produk tersebut ke atas diri saya
  *  saya hanya mengamalkan cara pemakanan yang betul melalui produk herbalife
  *  alhamdulillah, dengan izin Allah, produk herbalife telah membantu saya dalam
     menurunkan berat saya dan memberi saya tenaga.
  *  saya yakin dengan produk herbalife disebabkan produk ini telah dikaji oleh
     pakar-pakar, telah berada di pasaran selama 32 thn dan syarikat ini
     telah tersenarai dalam papan utama NYSE
 
 
 
Sebab kenapa aku jawab seperti di atas. Sebabnya aku ada misi tersendiri. Misi aku ingin membantu orang ramai untuk jadi lebih sihat.  Sebab aku rasa aku perlu bekongsi dengan org ramai seperti apa yang aku rase sekarang.  Tak rugi kalo kita berkongsi.. Terpulang kepada seseorg individu tersebut samada nak atau pun tak.  Yang penting kita telah cuba membantu orang-orang diluar sana.
 
 
 
Kalo niat kita bersih insyallah, Allah akan permudahkan perkara-perkara yang lain ke atas diri kita.  Perkara-perkara seperti rezeki, ajal maut semuanya di tangan Allah. 
 
 
Wassalam
 
 
 
JOM SIHAT. ASK ME HOW
Contact Yati/Min : 017-3066543/017-3671231

Selasa, 23 Oktober 2012

KESAN OBESITI TERHADAP TUBUH

Semalam, rutin setiap bulan.. check-up baby aku.. Alhamdulillah dah masuk 26 minggu. Baby sihat and ibu baby pun sihat.. tapi biasalah.. bila perut makin besar semua benda jadi kurang selesa.. especially waktu tidur..
 
 
Sementara aku tunggu giliran jumpa doktor, aku amik satu majalah mingguan wanita.
 
 
 
Dalam salah satu bahagian dalam majalah tue ada membincangkan mengenai diet kita seharian.  So aku rasa patut dikongsi bersama untuk pengetahuan kita..
 
KESAN OBESITI TERHADAP TUBUH
 
1.  JANTUNG : PENYAKIT JANTUNG
 
     Lemak yang terdapat disekeliling organ boleh meracuni tubuh dari dalam.  Lemak yang dikenali dengan nama lemak visceral, mengeluarkan zat kimia yang telah dikaitkan dengan penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.
 
    Hasil pemerhatian pada wanita gemuk telah menunjukkan bahawa jantung mereka mengalami pembesaran.  Otot-otot jantung semakin membesar akibat peregangan yang ditimbulkan oleh berat badan ekstra.  Akibatnya, jantung tidak mampu mengepam darah dengan efektif.  Keadaan ini seterusnya menyebabkan gangguan pernafasan dan keletihan.
 
    Kesan pembesaran jantung merupakan sebab umum kegagalan jantung.  Hal ini disebabkan jantung tidak mampu menyediakan aliran darah untuk memenuhi kesemua keperluan tubuh.
 
 
2.  KAKI  :  SAKIT TUMIT
 
    Membawa beban dua kali ganda dari jumlah normal membuat tapak kaki berasa sengal dan sakit.  Menurut "The Havard Medical School", kelebihan berat badan akan menimbulkan tekanan pada struktur menyerupai ligamen yang terletak mulai dari tumit hingga ke tapak kaki bahagian depan.  Radang berlaku di sekitar bahagian ini dan menyebabkan rasa sakit yang mencucuk di tumit ketika melangkah.
 
 
3.  LUTUT  :  RADANG SENDI
 
    Obesiti dikatakan merupakan penyebab utama osteoarthritis di bahagian sendi penahan beban seperti lutut dan pergelangan kaki.  Orang yang obes dikatakan berisiko 14 kali lebih besar untuk mengalami radang sendi lutut.
 
    Tekanan tambahan dari berat badan ekstra akan membuat tulang rawan menjadi haus, sehingga membuat tulang saling bergesel.  Bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, aktiviti seperti berlari atau melompat meningkatkan lagi tekanan terhadap bahagian sendi sehingga 10 kali ganda.
 
 
4.  USUS  :  DEPRESI/KETIDAKSUBURAN
 
    Hasil pemerhatian tehadap wanita obesiti juga menunjukkan bahawa lemak tidak hanya menutupi tubuhnya, tetapi juga meliputi organ-organ didalam perutnya.  Dari aspek lain, wanita yang lebih langsing mempunyai sedikit lemak dipermukaan tubuh seta lemak yang meliputi organ (lemak visceral).
 
    Perut merupakan tempat pengumpulan lemak yang paling teruk.  Lemak ini secara tetap akan mengelurkan zat kimia dan hormon dalam jumlah yang besar (seperti leptin dan ristin).  Zat kimia dan hormon ini berkaitan dengan perubahan metabolisme dan perkembangan diabetes tahap 2.
 
    Selain itu, hormon-hormon ini juga boleh mengubah keseluruhan sistem endokrin dan menimbulkan ketidakseimbangan hormon, seperti Polycystic Ovary Syndrome.  Keadaan ini menyerang wanita, menjadikan pertumbuhan rambut berlebihan, penambahan berat badan dan ketidaksuburan.
 
    Sementara itu, ketika lemak mencapai sistem pencernaan, lemak tersebut akan pecah didalam hati.  Seterusnya, lemak tersebut melepaskan racun-racun ke dalam aliran darah.  Hal ini boleh merosakkan organ-organ, terutamanya hati.
 
 
 
 
Aku hanya sekadar ingin berkongsi apa yang aku baca.  Tapi itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita sekarang.. Mereka lebih selesa dengan keadaan tubuh badan mereka sekarang *obes*.  Sekarang ni memang sakit tu belum mengundang.  Tapi apa gunanya nak tunggu penyakit datang baru nak berubat.  Adakah lebih baiknya kita mencegah sebelum penyakit itu datang. 
 
 
Bila kita sakit nanti banyak duit yang akan dilaburkan pada hospital.  Lebih banyak dari pelaburan yang kita buat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan awal.  Apabila sakit bukanlah sekadar kewangan sahaja yang dikeluarkan tetapi juga masa yang banyak dibazirkan.  Cuba bayang apabila kita sakit,bukan masa kita sahaja yang banyak membazir tetapi juga orang-orang yang kita sayang.  Jadi janganlah kita menjadi orang yang penting diri sendiri sahaja. 
 
 
Janganlah hanya memikirkan jangka masa yang pendek.. Cuba lihat diri kita pada masa yang akan datang.
 
Renung-renungkan.
 
 
JOM SIHAT. ASK ME HOW
Contact Yati/Min : 017-3066543/017-3671231