Adalah penting untuk anda baca serta fahami langkah-langkah yang diberikan. Jangan hanya tertumpu kepada bahagian-bahagian tertentu yang anda minati (seperti bisnes). Tiada jalan singkat untuk berjaya di dalam Herbalife mahupun dalam hidup. Pengedar-pengedar yang terlebih dahulu berjaya turut melalui jalan yang sama.
1 KENALI HERBALIFE
Apa itu Herbalife?
- Syarikat pengurusan berat badan terunggul di dunia.
- Menghasilkan produk makanan sel (selular food).
- Dibarisi lebih 30 pakar perubatan serta lebih 7 pakar mengkhususkan bahagian perut. Antara pakar terkemuka adalah Dr David Heber (http://www.davidheber.com/), insan yang mempekenalkan BMI sebagai sukatan berat manusia.
- Sehinggga kini mempunyai lebih 70 juta testimoni bertulis yang dihantar sendiri oleh pengguna yang berpuas hati dengan produk.
- Makanan lengkap mengandungi 7 warna makanan yang diperlukan bagi setiap hidangan serta lebih 18 asid amino.
- Makmal penyelidikan (makmal makanan selular) terletak di UCLA (antara 5 makmal universiti terbaik dunia).
- Produk (NW) dirumuskan oleh Dr Louis Ignarro, doktor yang memenangi anugerah Nobel Laurete di atas penyelidikan dan sumbangan berkenaan penghasilan Nitrix-Oxide di dalam salur darah.
- Telah beroperasi selama lebih 30 tahun.
- Bermula di Amerika dan diasaskan oleh Mark Hughes. Bertujuan memberi kesedaran umum mengenai kepentingan pemakanan sihat serta keperluan cara diet yang betul.
- Kesedaran timbul apabila ibunya (seorang model) meninggal dunia akibat pengambilan pil diet berlebihan.
- Menekankan misi “mengubah kehidupan manusia” dari segi kesihatan dan kewangan.
- Mengiktiraf pengedar-pengedar Herbalife apabila produk Herbalife dikeluarkan dari pasaran terbuka.
- Pulangan tertinggi kepada pengedar (73%).
Sambutan produk.
- Jualan tahun pertama Herbalife berjumlah USD 2 Juta dan jualan pada tahun 2011 berjumlah USD 5.4 Billion.
Kepimpinan
- Diterajui bekas CEO Walt Disney (Michael O Johnson) yang terkenal sebagai Branding Guru.
- Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan watak-watak Walt Disney ke kaca televisyen hampir setiap rumah di dunia.
- Thriathlon atlet yang berjaya.
- Tertarik dengan misi serta visi Mark Hughes dan meninggalkan Walt Disney yang disertai selama 17 tahun.
- Membantu Herbalife mencatat pertumbuhan jualan 2 angka.
Herbalife Malaysia baru berusia lebih 6 tahun.
- Sebagai perbandingan, Herbalife Indonesia berusia lebih 13 tahun. Namun peningkatan penjualan Malaysia hampir menyamai Indonesia.
- Herbalife Malaysia telah melahirkan penerima anugerah berprestij (Mark Hughes) dalam tempoh masa 6 tahun (kurang dari Indonesia). Singapura yang terlebih dahulu memasarkan Herbalife masih belum mempunyai wakil penerima anugerah Mark Hughes.
- Anugerah Mark Hughes merupakan bonus tahunan diberikan kepada pengedar-pengedar terbaik di dunia. Jumlah bonus ini mewakili 1% dari jumlah jualan tahunan (sebagai contoh, jumlah bonus 2011 adalah sebanyak USD 54 Juta).Produk Herbalife memiliki perakuan halal IFANCA (kesatuan negara-negara Islam yang turut dianggotai Malaysia).
- Produk Herbalife tidak memiliki perakuan halal Jakim kerana ianya tidak diproses di Malaysia.
Ahli Persatuan Jualan Langsung dunia dan membuat penyenaraian di bursa utama papan New York (NYSE).
- Harga pembukaan adalah sekitar USD 15 seunit dan harga seunit sekarang berada sekitar USD 60.
- Pemegang saham terbesar turut melibatkan syarikat pelaburan berusia lebih 100 tahun.
- Penerimaan serta keterbukaan masyarakat terhadap Herbalife turut dibantu oleh penyajaan atlet tempatan dan luar Negara. Sebagai contoh, Lionel Messi (pemain terbaik dunia 3 kali berturut-turut), LA Galaxy (kelab bola sepak Amerika yang turut dianggotai oleh David Beckham), atlit tempatan seperti Azizulhasni Awang (pelumba basikal nombor 1 dunia), Aidil dan Zaquan, Khoo Chai Lin dan ramai lagi.
BERMINAT DENGAN HERBALIFE
- Kenali Herbalife dengan lebih dekat serta terperinci dengan menghadiri sesi perjumpaan atau latihan Herbalife terdekat.
- Sistem sokongan dan latihan tersusun membolehkan pengedar baru memperoleh status lebih tinggi, kurang separuh dari masa yang diperlukan pengedar terdahulu.
Perjumpaan dan latihan di dalam Herbalife.
Herbalife Oppotunity Meeting (HOM).
- Dianjurkan oleh pengedar-pengedar Herbalife setempat.
- Contoh; Taman Melawati, Shah Alam, Melaka, Hentian Kajang.
- Perjumpaan singkat (antara 1jam 30minit hingga 2jam 30minit).
- Maklumat latar belakang syarikat.
- Perkongsian testimony produk dan pendapatan oleh para pengguna dan pengedar.
- Perkongsian pengalaman oleh speaker undangan.
Success Training Seminar (STS)
- Dianjurkan oleh pengedar atau Herbalife Malaysia sendiri.
- Merangkumi aktiviti seperti HOM (pada skala lebih besar).
- Latihan mengenai produk dan bisnes.
Latihan Kelab Nutrisi, Latihan Pengedar, Supervisor, World Team dan seterusnya.
- Dianjurkan oleh pengedar atau Herbalife Malaysia
Zero to Hero
- Latihan selama 2 hari.
- Contoh tempat (Port Dickson atau Genting Highland).
- Penting untuk pengedar serius.
- Speaker jemputan kebiasaannya adalah pengedar berstatus Presiden Team dari Negara jiran.
Spectacular
- Perjumpaan pengedar dari Malaysia dan Singapura dalam tempoh 2 hari.
- Perjumpaan setahun sekali samaada di Malaysia atau Singapura.
- Latihan secara santai oleh barisan Presiden Team Asia Pacific.
- Motivasi oleh pengedar berstatus Presiden/Chairman Club dari Amerika Syarikat.
Extravaganza
- Upacara tahunan mengumpulkan pengedar dari kebanyakkan Negara Asia Pacifik.
- Dibuat di negara-negara berlainan setiap tahun.
- Peluang memperoleh cerita/motivasi dari pengedar-pengedar dari kebanyakkan Negara Asia Pasifik.
- Extravaganza 2012 diadakan di Singapura menampilkan pengedar nombor satu 2011 dari Mexico serta CEO Herbalife. Jumlah peserta adalah 23,000 orang.
World Team School, Millionaire School
- Dipecahkan kepada pengedar Asia Pasifik.
- Latihan santai di luar Negara sambil melancong
Local Retreat, International Getaway
- Ganjaran percutian
MEMULAKAN HERBALIFE
- Herbalife menekankan konsep perkongsian testimoni. Oleh itu, setiap pengedar perlu terlebih dahulu menggunakan produk secara serius sebelum berkongsi kelebihan produk dengan orang disekeliling anda.
- Perbezaan/kelainan hasil dari pengambilan produk seimbang Herbalife boleh dirasai dalam tempoh 1-3 hari.
- Konsep pemakanan seimbang adalah keperluan setiap individu. Maka ruang pasaran Herbalife tidak hanya tertumpu kepada golongan tertentu.
- Keyakinan produk, maklumat serta testimoni-testimoni lain adalah hasil dari perjumpaan/latihan seperti yang dinyatakan terdahulu.
MEMULAKAN BISNES HERBALIFE
- Faham akan misi dan visi Herbalife.
- Memulakan bisnes secara retail.
- Menggunakan secara serius 4-5 aplikasi harian Herbalife (terdapat lebih dari 20 cara memulakan bisnes Herbalife seperti yang diajarkan pada sesi-sesi latihan Herbalife)
- Mengumpul jaringan pengguna produk yang berpuashati
- Duplikasi (mengajarkan cara untuk pengguna mendapatkan produk dengan harga lebih murah).
- Royalti (mengenalpasti individu yang berminat menjalankan Herbalife sebagai bisnes) dari kalangan pengguna produk yang berpuashati.