Adalah penting untuk anda baca serta fahami langkah-langkah yang diberikan. Jangan hanya tertumpu kepada bahagian-bahagian tertentu yang anda minati (seperti bisnes). Tiada jalan singkat untuk berjaya di dalam Herbalife mahupun dalam hidup. Pengedar-pengedar yang terlebih dahulu berjaya turut melalui jalan yang sama.
1 KENALI HERBALIFE
Apa itu Herbalife?
- Syarikat pengurusan berat badan terunggul di dunia.
- Menghasilkan produk makanan sel (selular food).
- Dibarisi lebih 30 pakar perubatan serta lebih 7 pakar mengkhususkan bahagian perut. Antara pakar terkemuka adalah Dr David Heber (http://www.davidheber.com/), insan yang mempekenalkan BMI sebagai sukatan berat manusia.
- Sehinggga kini mempunyai lebih 70 juta testimoni bertulis yang dihantar sendiri oleh pengguna yang berpuas hati dengan produk.
- Makanan lengkap mengandungi 7 warna makanan yang diperlukan bagi setiap hidangan serta lebih 18 asid amino.
- Makmal penyelidikan (makmal makanan selular) terletak di UCLA (antara 5 makmal universiti terbaik dunia).
- Produk (NW) dirumuskan oleh Dr Louis Ignarro, doktor yang memenangi anugerah Nobel Laurete di atas penyelidikan dan sumbangan berkenaan penghasilan Nitrix-Oxide di dalam salur darah.
- Telah beroperasi selama lebih 30 tahun.
- Bermula di Amerika dan diasaskan oleh Mark Hughes. Bertujuan memberi kesedaran umum mengenai kepentingan pemakanan sihat serta keperluan cara diet yang betul.
- Kesedaran timbul apabila ibunya (seorang model) meninggal dunia akibat pengambilan pil diet berlebihan.
- Menekankan misi “mengubah kehidupan manusia” dari segi kesihatan dan kewangan.
- Mengiktiraf pengedar-pengedar Herbalife apabila produk Herbalife dikeluarkan dari pasaran terbuka.
- Pulangan tertinggi kepada pengedar (73%).
Sambutan produk.
Kepimpinan
Diterajui bekas CEO Walt Disney (Michael O Johnson) yang terkenal sebagai Branding Guru.
Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan watak-watak Walt Disney ke kaca televisyen hampir setiap rumah di dunia.
Thriathlon atlet yang berjaya.
Tertarik dengan misi serta visi Mark Hughes dan meninggalkan Walt Disney yang disertai selama 17 tahun.
Membantu Herbalife mencatat pertumbuhan jualan 2 angka.
Herbalife Malaysia baru berusia lebih 6 tahun.
Sebagai perbandingan, Herbalife Indonesia berusia lebih 13 tahun. Namun peningkatan penjualan Malaysia hampir menyamai Indonesia.
Herbalife Malaysia telah melahirkan penerima anugerah berprestij (Mark Hughes) dalam tempoh masa 6 tahun (kurang dari Indonesia). Singapura yang terlebih dahulu memasarkan Herbalife masih belum mempunyai wakil penerima anugerah Mark Hughes.
Anugerah Mark Hughes merupakan bonus tahunan diberikan kepada pengedar-pengedar terbaik di dunia. Jumlah bonus ini mewakili 1% dari jumlah jualan tahunan (sebagai contoh, jumlah bonus 2011 adalah sebanyak USD 54 Juta).Produk Herbalife memiliki perakuan halal IFANCA (kesatuan negara-negara Islam yang turut dianggotai Malaysia).
Produk Herbalife tidak memiliki perakuan halal Jakim kerana ianya tidak diproses di Malaysia.
Ahli Persatuan Jualan Langsung dunia dan membuat penyenaraian di bursa utama papan New York (NYSE).
Harga pembukaan adalah sekitar USD 15 seunit dan harga seunit sekarang berada sekitar USD 60.
Pemegang saham terbesar turut melibatkan syarikat pelaburan berusia lebih 100 tahun.
Penerimaan serta keterbukaan masyarakat terhadap Herbalife turut dibantu oleh penyajaan atlet tempatan dan luar Negara. Sebagai contoh, Lionel Messi (pemain terbaik dunia 3 kali berturut-turut), LA Galaxy (kelab bola sepak Amerika yang turut dianggotai oleh David Beckham), atlit tempatan seperti Azizulhasni Awang (pelumba basikal nombor 1 dunia), Aidil dan Zaquan, Khoo Chai Lin dan ramai lagi.
BERMINAT DENGAN HERBALIFE
Kenali Herbalife dengan lebih dekat serta terperinci dengan menghadiri sesi perjumpaan atau latihan Herbalife terdekat.
Sistem sokongan dan latihan tersusun membolehkan pengedar baru memperoleh status lebih tinggi, kurang separuh dari masa yang diperlukan pengedar terdahulu.
Perjumpaan dan latihan di dalam Herbalife.
Herbalife Oppotunity Meeting (HOM).
- Dianjurkan oleh pengedar-pengedar Herbalife setempat.
- Contoh; Taman Melawati, Shah Alam, Melaka, Hentian Kajang.
- Perjumpaan singkat (antara 1jam 30minit hingga 2jam 30minit).
- Maklumat latar belakang syarikat.
- Perkongsian testimony produk dan pendapatan oleh para pengguna dan pengedar.
- Perkongsian pengalaman oleh speaker undangan.
Success Training Seminar (STS)
- Dianjurkan oleh pengedar atau Herbalife Malaysia sendiri.
- Merangkumi aktiviti seperti HOM (pada skala lebih besar).
- Latihan mengenai produk dan bisnes.
Latihan Kelab Nutrisi, Latihan Pengedar, Supervisor, World Team dan seterusnya.
- Dianjurkan oleh pengedar atau Herbalife Malaysia
Zero to Hero
- Latihan selama 2 hari.
- Contoh tempat (Port Dickson atau Genting Highland).
- Penting untuk pengedar serius.
- Speaker jemputan kebiasaannya adalah pengedar berstatus Presiden Team dari Negara jiran.
Spectacular
- Perjumpaan pengedar dari Malaysia dan Singapura dalam tempoh 2 hari.
- Perjumpaan setahun sekali samaada di Malaysia atau Singapura.
- Latihan secara santai oleh barisan Presiden Team Asia Pacific.
- Motivasi oleh pengedar berstatus Presiden/Chairman Club dari Amerika Syarikat.
Extravaganza
- Upacara tahunan mengumpulkan pengedar dari kebanyakkan Negara Asia Pacifik.
- Dibuat di negara-negara berlainan setiap tahun.
- Peluang memperoleh cerita/motivasi dari pengedar-pengedar dari kebanyakkan Negara Asia Pasifik.
- Extravaganza 2012 diadakan di Singapura menampilkan pengedar nombor satu 2011 dari Mexico serta CEO Herbalife. Jumlah peserta adalah 23,000 orang.
World Team School, Millionaire School
- Dipecahkan kepada pengedar Asia Pasifik.
- Latihan santai di luar Negara sambil melancong
Local Retreat, International Getaway
- Ganjaran percutian
MEMULAKAN HERBALIFE
Herbalife menekankan konsep perkongsian testimoni. Oleh itu, setiap pengedar perlu terlebih dahulu menggunakan produk secara serius sebelum berkongsi kelebihan produk dengan orang disekeliling anda.
Perbezaan/kelainan hasil dari pengambilan produk seimbang Herbalife boleh dirasai dalam tempoh 1-3 hari.
Konsep pemakanan seimbang adalah keperluan setiap individu. Maka ruang pasaran Herbalife tidak hanya tertumpu kepada golongan tertentu.
Keyakinan produk, maklumat serta testimoni-testimoni lain adalah hasil dari perjumpaan/latihan seperti yang dinyatakan terdahulu.
MEMULAKAN BISNES HERBALIFE
Faham akan misi dan visi Herbalife.
Memulakan bisnes secara retail.
Menggunakan secara serius 4-5 aplikasi harian Herbalife (terdapat lebih dari 20 cara memulakan bisnes Herbalife seperti yang diajarkan pada sesi-sesi latihan Herbalife)
Mengumpul jaringan pengguna produk yang berpuashati
Duplikasi (mengajarkan cara untuk pengguna mendapatkan produk dengan harga lebih murah).
Royalti (mengenalpasti individu yang berminat menjalankan Herbalife sebagai bisnes) dari kalangan pengguna produk yang berpuashati.